Saturday, 5 November 2016
KENALI IDENTITI SARJANA
Sekolah Menengah Raja Doktor Nazrin Shah atau lebih dikenali lagi sebagai [SARJANA] merupakan salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Perak Darul Ridzhuan . Pencapaian yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum menjadikan sarjana sebagai tumpuan di mata masyarakat . Kecemerlangan dari segi sahsiah juga diterap dalam diri setiap penuntut di sini . Pelajar diasah untuk memantapkan lagi akidah dan meningkatkan mutu ibadah . Di sarjana , pelajar diterapkan dengan tiga aliran iaitu aliran akademik , azhariah dan tahfiz . Guru-guru yang berdedikasi memainkan peranan penting dan sentiasa komited dengan tanggungjawab demi memastikan kecemerlangan para pelajar . Berpegang pada moto "NAHWAL IMTIYAZ" iaitu "KE ARAH KECEMERLANGAN" menjadi kata perangsang bagi para pelajar untuk menuntut ilmu dengan bersungguh agar mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik dalam semua aspek . pada masa kini , SARJANA telah mencapai pelbagai kecemerlangan yang amat membanggakan dan menjadikan SARJANA tergolong di dalam sekolah cemerlang dalam Negeri Perak . NAHWAL IMTIYAZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment